SOALAN LAZIM

SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA MENGENAI SNE KAPSUL 

1. Kapsul lembut SNE diperbuat daripada bahan apa?
Kapsul lembut SNE diperbuat daripada minyak sayuran yang diekstrak daripada koloid cendawan. Ia mengandungi ion-ion ferum yang boleh meminimumkan pencemaran dan kebasahan bekas yang digunakan.

2. Apakah yang menyebabkan kapsul SNE berbeza daripada produk-produk lain?
Kapsul SNE dirumuskan dengan menggunakan teknologi moden dari Jepun dan Jerman. Kapsul SNE dibuat daripada gabungan minyak biji fruktus hipopae dan 27 jenis makanan semula jadi yang berlainan melalui proses “Penguraian Enzim Cepat”. Kapsul SNE mengandungi tidak kurang daripada 200 jenis nutrien dan bahan bioaktif. Bahan bioaktif dalam kapsul SNE mempunyai kadar aktiviti sebanyak 90% dan ke atas. Molekulnya adalah kecil dan padat, kepadatannya adalah 5 – 10 kali lebih tinggi berbanding dengan bahan-bahan biasa.

3. Apakah kapsul SNE?
Kapsul SNE merupakan sejenis suplemen pemakanan yang sempurna dan seimbang, ia dirumuskan secara khususnya untuk menentang enam punca utama yang menyebabkan manusia sakit dan tua. Bio-mukopolisakarida aktif, sejenis faktor yang mengaktifkan sel-sel merupakan salah satu bahan utama dalam Kapsul SNE. Di samping itu, ia mengandungi minyak biji fruktus hipopae yang diekstrak dengan Teknik Pengekstrakan Karbon Dioksida superkritikal sebelum menjalani proses “Penguraian Enzim Cepat”.

4. Mengapakah kapsul SNE adalah selamat dan efektif?
Kapsul SNE telah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah nombor pendaftaran MAL: 20034169TC. Kapsul SNE juga telah diluluskan oleh Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat. Malah, ia disahkan mematuhi standard pengeluaran organik SGS dan telah diiktirafkan oleh Pusat Perkembangan Makanan Hijau China sebagai makanan hijau kelas AA.

5. Bolehkah saya mengambil kapsul SNE bersama dengan rawatan perubatan yang sedang saya ikuti?
Kapsul SNE boleh diambil bersama-sama dengan sebarang ubat tetapi anda dicadangkan mengambilnya dalam sela masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk mengelakkan sebarang interaksi yang tidak diingini.

6. Saya seorang pesakit diabetes dan hipertensi, bolehkan saya mengambil kapsul SNE?
Kapsul SNE boleh diambil oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia, jantina, keadaan kesihatan dan pada mana-mana peringkat kehidupan. Namun dos yang dicadangkan adalah berlainan mengikut keadaan setiap individu. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di snemarketing@snemarketing.com.

7. Adakah produk ini betul-betul berlainan daripada multivitamin yang sedia ada?
Ya. Ia betul-betul direka mengikut keadaan semua individu – bukannya orang yang “sederhana” mengikut statistik.

8. Bagaimanakah kualiti bahan-bahan yang terkandung dalamnya?
Kami hanya menggunakan bahan yang paling berkualiti. Tumbuhan fruktus hipopae yang digunakan tumbuh dalam tanah yang tidak tercemar. Ahli pemakanan kami memilih gabungan nutrien yang memberikan keupayaan bio dan toleransi yang paling tinggi. Ia dikilang di kilang farmaseutikal kami yang berdaftar dengan FDA. Suplemen sebatian yang dirumus khas ini menunjukkan piawai ketulennan, aktiviti da penyerapan yang paling tinggi.

9. Adakah ia sesuai untuk vegetarian dan orang yang menghadapi alergi makanan atau mengikuti diet berpantang?
Suplemen kami tidak mengandungi daging dan produk sampingan daging. Ia diisi dalam kapsul yang dibuat daripada tumbuhan, justeru itu, vegetarian boleh mendapatkan manfaat yang optimum daripada suplemen pemakanan kami. Produk kami tidak menggunakan sebarang pengawet, bahan pelekat atau perisa tiruan. Kapsul SNE tidak mengandungi yis, gandum, gula, garam, protein soya, susu, telur dan produk tenusu. Proses perumusan kami seharusnya sesuai untuk semua jenis diet berpantang dan alergi, namun, untuk tujuan keselamatan, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan anda.

10. Adakah keadaan saya akan bertambah baik? Bilakah ini akan berlaku?
Kesihatan anda akan mula bertambahn baik. Keadaan seseorang selalunya bertambah baik selepas sekurang-kurangnya satu hingga dua bulan. Namun keadaan sesetengah orang mula bertambah baik sebaik sahaja mereka memulakan program ini.

11. Bagaimanakah anda tahu saya memerlukan kapsul SNE?
Alam sekitar pada hari ini penuh dengan pelbagai punca penyakit. Penggunaan antibiotik yang berlebihan telah membina ketahanan bakteria dan virus. Bahan cemar, bahan yang menyebabkan alergi dan bahan tambahan makanan telah menjadi sebahagian daripada bekalan makanan, air dan udara kita. Malah sel-sel kita juga menghasilkan entiti yang berbahaya, seperti radikal bebas yang mesti dihapuskan oleh sistem imun kita. Lebih-lebih lagi, kita sering membawa bahan-bahan asing ke dalam sistem badan kita, ini termasuklah ubat, pil kontraseptif, asap rokok dan alkohol.

**************************************************************************************************
SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA MENGENAI BEUTSKIN ESSENCE

**************************************************************************************************

Produk BEUTSKIN ESSENCE kini makin dikenali sebagai supplement yang mampu memperbaiki dalaman dan kecantikan kulit luaran seseorang wanita. Penggunaan skincare yang bagus sahaja tidak mencukupi kerana tanpa kesihatan yang baik, ia akan merencatkan penampilan dan mengurangi keserian wajah individu terbabit. Justeru, amalkan pemakanan yang seimbang, minum cukup air, elakkan masalah yang boleh menyebabkan tekanan/stress serta mendapatkan rehat/masa tidur yang berkualiti adalah asas untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Berikut dicatatkan beberapa persoalan yang sering diajukan bakal/pengguna produk ini. Penting untuk anda memahami dan mengambil produk mengikut aturan dan saranan yang diberikan bagi memastikan khasiat/keistimewaan ia dapat diserap badan dan memberikan impak maksima di atas pelaburan yang anda keluarkan.

1. Bila masa terbaik untuk mengambil Beutskin Essence?
-Ambil 2x sehari, 2biji sebaik saja bangun dari tidur, diikuti dengan segelas air masak/suam, iaitu sekurang2nya setengah jam sebelum sarapan. Sekali lagi 2biji pada waktu malam, iaitu sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewatnya 3 jam sebelum tidur, agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam). Sila minum banyak air sepanjang hari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

2. Bolehkah Beutskin Essence diambil ketika haid atau hamil/mengandung?
-Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. Tetapi wanita hamil DILARANG mengambil produk ini kerana kandungannya yang boleh 'membersihkan rahim' dan mengecutkan saluran peranakan.

3. Selepas bersalin/berpantang dan menyusukan bayi boleh ambil Beautskin Essence?
-Boleh, tapi pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga. Walau bagaimana pun, pada tempoh ini, sebaiknya anda mengamalkan BE dengan kapsul SNE juga, yang memain peranan penting membantu merawat/memulihkan bahagian dalaman badan serta mengembalikan kesihatan selepas bersalin secara keseluruhan selain memberi manfaat yang lebih banyak dalam penyusuan kepada bayi.

4. Lelaki boleh amalkan Beautskin Essence?
-BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan BE ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda. Untuk LELAKI, amalkan juga kapsul SNE, ibu segala produk terbaik untuk anda..

5. Bolehkah Beutskin Essence diambil bersama supplement lain seperti kolagen, Vitamin-C atau ubat-ubatan doktor yang lain?
-Boleh, tapi bergantung kepada kesesuaian. Contohnya, jika supplement lain itu juga perlu diambil sebelum sarapan, maka ia pasti menyukarkan anda kerana BE juga perlu diambil pada masa yang sama,kan? Pastikan anda jarakkan waktu pengambilan sekurang2 nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.

6. Berapa lama perlu amal untuk melihat hasil kecerahan kulit?
- Ini paling banyak ditanya. Semua obses untuk miliki kulit cerah berseri. Tapi sebelum itu, anda perlu fahami dulu bagaimana Beutskin Essence (BE) berfungsi dalam beberapa tahap dalam lingkungan masa tertentu. Kita rawat dalaman dahulu ok?

**Penyerapan - 100% pati tumbuhan aktif yg diserap dengan pantas ke dalam sel-sel tubuh bagi mengaktifkan fungsi2 utama sel.

**Pemulihan - Pati tumbuhan aktif dlm BE bertindak terus pada nukleus sel untuk menghasilkan enzim2 autogenus bagi memulihkan kecergasan.

**Penjanaan semula - Pati tumbuhan aktif dalam BE membekalkan nutien2 yg mencukupi kepada sel dan membantu sel2 kulit kembali sihat.

**Pengkhususan - Pati tumbuhan aktif dalam BE mula mengenal pasti dan bertindak secara khusus pada sel2 yg rosak dalam tubuh dengan menambahkan kepekatan kolagen dan membaiki struktur serat2 elastik, membolehkan kekenyalan dan keanjalan kulit dipertingkatkan.

**Pembekalan semula - Pati tumbuhan dalam BE membekalkan semula tenaga dan tahap nutrien yg diperlukan oleh sel2 kulit.

**Kebolehpercayaan - BE mengandungi 100% pati tumbuhan aktif tanpa penggunaan sebarang hormon dan oleh itu, ia tidak akan menyebabkan alergi dan kebergantungan.

Jadi kesimpulannya, jika kesemua tahap ini sudah dicapai, kesihatan dalaman dipertingkatkan, struktur kulit akan dipulihkan (jerawat, parut, pori2 terbuka, jeragat, kekusaman hilang perlahan2), maka barulah terlahir kulit halus cerah berseri! Ini semua diperolehi dalam tempoh 3-6 bulan pengambilan secara konsisten..:)

7. Jika memberhentikan pengambilan, adakah kulit yang cerah/mulus kembali menjadi gelap dan kusam?
-Dalam jangka panjang, sudah tentu ia terjadi, kerana tanpa zat2/nutrien mencukupi, kolagen semulajadi badan terbina dalam kadar perlahan dan merosot, selain pengumpulan toksin yang menghasilkan radikal bebas mempercepatkan lagi proses penuaan berlaku.